Thursday, December 23, 2010

BOOTH DESIGN !!!





Kepuasan dalam bekerja !

Tak puas la.... tolong aku! Aku cam tengah boring gila ni.... pls.... pls... pls.....

Ini ayat aku beberapa bulan lepas.... in fact memang aku tengah rasa skarang... tapi taklah seteruk dulu.... aku pun da mula rasa happy skit since en proyek menej da mula kasik keje kat aku.... cuba bayangkan , berapa bulan menganggur di ofis... gila bosan sampai nak menitis air mata.... jawatan yang disandang sekadar hiasan.... da dimamah bumi da pun skang.... kini ku seperti seorang setiausaha yang asyik men-photostat dan asyik tup tap tup tap fail dokumen untuk simpan info2 tentang proyek di dalamnya. Pulak, skang ni diberi tugas menyimpan dokumen / merekodkan dokumen masuk....

Haha.... rasa nak membunuh orang.... sebab penat2 belajar architecture, jadi secretary pulak ye.... hehehehe~

Tapi, ini semua pasti ada hikmah. Di mana aku selama ni begitu asyik memandang tinggi pada kerjaku je, tanpa memikirkan yang orang lain pun hebat. Baru la aku dapat rasa yang keje secretary type ni bukan la semudah mana. Leceh walaupun senang. Kalau salah satu, buat semula, no endorsement ye.... huh! letih! taknak da!!

Hehe.... Alhamdulillah. Allah mendengar rintihan aku. bosan, bosan, bosan budak ni... nah! kasik kau keje banyak2! Walaupun keje di opis seperti kais pagi makan tengah hari, kais petang makan malam, aku dapat juga mem-praktis senibina dalam freelancing.... happy sangat.... sebab tak sangka sungguh orang appreciate keje aku yang tidak berapa best tu nak compare orang lain punya... terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepada aku! :D

Selepas saat-saat dilema tiba sampai skang, da 4 jobs done dan sume berbayar. Yang best tu, yuran belajor part time dapek gak dibayar. balance yg quite a lot tu guna duit freelancing aku! Alhamdulillah.... Cuma, bila da ada kelas, aku rasa commitment lebih banyak da skang. Nak pegi keje, pegi kelas, belajar, freelance, jadi anak... aiyo... manusia comel cam i da mula busy tahun depan! but, i need all these so that i won't be bored.... but how can i menej me??!!! pls!!!

tidak. jangan ragu dan jangan kelam. jika aku selalu ingat Allah, mintak pada dia pertolongan, bersyukur pada Dia bila aku happy, InsyaAllah Allah takkan tinggalkan aku terkontang-kanting. Kalo terkontang sekalipun, aku kene anggap ni sume dugaan Dia supaya kita selalu ingat dan menyayangi Dia. hehe, aku harap kata-kata ni akan selalu aku ingat .... amin.... (gila motivasi!)

Keje ni aku anggap kepuasan. maksud aku, keje aku la. keje yang aku suka buat. iaitu keje senibina. kepuasan tahap maksimum. kalo orang suruh kawen tapi keje tengah go on, aku rasa aku kene siapkan keje dulu baru kawen. bukan taknak kawen, tapi keje senibina selalu memerlukan masa aku. nanti bila sudah berumahtangga, masa aku kene divide lagi banyak, especially sang suami asyik pulak nak saat2 itu berlaku kerap. tensi!!!

Oh. Takut pulak nanti jadi andartu. tapi, selagi belum dapat part 2, title AR, rumah / harta, keje stable, rasa macam tak senang duduk. Cita-cita besar memerlukan pengorbanan besar. Dan kekayaan bukan priority skang, tapi recognition in architecture world adalah kepuasan. ;)

Kesimpulan, segala perkara yang kita buat dan yang kita ada, itu semua hak dan pemberian yang Maha Esa. Bukan milik kita. So, kalo ade rezeki lebih, masa yang banyak, berbuat baiklah sesama manusia, share good things together, especially ibu bapa kita yang sudah meningkat tua. kalo kita jadi anak yang baik, insyaAllah anak2 kita pun buat baik ngan kita....

ok. aku mengarut la pulak. bye.


- belladiana -










Tuesday, December 21, 2010

Lagu aku buat semalam....

Semalam memang takleh tido. Biasanya pun memang tido lambat. Aku cipta la satu lagu khas pasal apa yang aku tengah rasa skang. Haha. Bengang punya pasal tulis lagu macam 'anger' type / rebel la... hoho. Sedangkan aku biasa-biasa je skang, takde la nak marah menda pun. Just certain thing yang aku rasa tak adil untuk aku and family aku tempuh, sedangkan orang lain yang membuat dajal. Takpe, takpe. Aku tak nak mendoakan perkara tak baik pada pakcik tua berjawatan cikgu yang tengah tunggu masa tu. Aku cuma harap dia sedar la; sampai bila dia boleh selamatkan diri sendiri. Sama jugak la pada encik nerd pengurus kewangan yang pada masa dulu kena buli ngan orang lain, tapi akhirnya membuli orang yang baik pada dia. Macam perumpamaan "senjata makan tuan."

Tapi lagu ni takdelah kena-mengena sangat ngan masalah atas ni. lagu ni lebih pada hentam kerajaan. Ya, aku anti kerajaan sebab aku tak suka cara pemerintahan kerajaan skang. Aku benci pada kerajaan yang asyik suruh bersyukur sbb dorang bantu aku, tapi sebenarnya, selama ni, kalau takde duit rakyat biasa cam aku ni bayar tax sana sini, melabur sana sini, pemerintah kerajaan skang ni mungkin tak mampu nak bina istana masing-masing. terima kasihlah sebab menjahanamkan duit dan hak kami. - .. -

http://www.youtube.com/watch?v=ND0DjyS3USI


Lyric is here:

Songwriter : Belladiana

Singer : Belladiana

" Justice So Wrong! " by belladiana


Another decision I can't control
They make me rebel for all things happened
I can't let my family in there with you
I wonder if I can get the gate open

If they're being blind, I'll try to set the light up for them now,
So they could see with the eyes, the justice they thought is so much trouble for us,
We are the masses, we are the masses, so shut up you the highest,
We are nobody, we are nobody, but we pay the tax!

Not again, you set us in jail!
We earn for living like we crawl in the sea
You get us blind and raise our hands
Support your regime so we scout like babies

If they're being shit, let throw away their face off of our mind,
And never listen again, the bullshit words that coming off of their mouth,
We need justice, we need justice, so stand up raise your knife,
We need to kill them, we need to kill them, and yeah! we rule us!

The kingdom is over....

Saturday, December 11, 2010

k.e.r.j.a.- k.e.r.j.a. f.r.e.e.l.a.n.c.i.n.g. k.u. - 1 -




Projek ni adalah untuk buat extension bumbung lama.... tambah bumbung baru guna structure MS RHS, C Channel dan pelbagai lain lagi. Terima kasih kat pihak GGC Sdn Bhd sebab bagi peluang kat aku untuk buat projek kedua dengan dorang. Dan dorang jugak yang banyak bantu aku memahami pemasangan bumbung metal deck roof ni.

Kalau ikutkan, aku lebih suka buat artist impression, sebab tak perlu go for details. But for this project, memang kene go through detailed drawings, dalam masa seminggu sahaja. Memang rasa nak muntah, sampai demam2 selesema suma la... Tapi terima kasih lagi kat GGC Sdn Bhd sebab percaya kat aku. Secara jujur, aku memang tak terer bab2 structure, time belajar dulu cam apa je.... tapi bila orang minta buat sesuatu, macam taknak tolak. Sebab ini semua pengalaman, walaupun bukan sebesar projek KLCC. Aku harap aku masih dapat buat keje2 macam ni lagi (freelancing je pun takpe), sebab keje aku sekarang lebih pada management. Design pun best, management pun ok. Sama2 penting. Thanx Allah kerana Kau bagi aku pengalaman macam ni.... :)

Dalam pics di atas, aku suka view malam, because lighting dia macam menaikkan kecantikan roof tu, sedangkan kalau projek ni akan construct nanti, takde la secantik tu. Macam biasa jek. Yelah, nama pun artist impression, kena wow-kan client; sebab tu tujuan utama.

Still banyak gile benda kena go through lagi; dan perjalanan aku sebagai anak seni+bina+muzik+menulis ni bukan sampai sini. Dalam hidup aku, aku mesti nak cari kepuasan dalam bekerja, sebab itu yang boleh membawa kita rasa bahagia dalam bekerja. Kalau kerja pun tak bahagia, life must be bored.... Wang pun penting, takde yang tak penting; cuma itu bukan priority aku skang. Aku perlukan self establishment yang aku sorang je yang boleh tahu aku berjaya ke tak capai apa yang aku nak capai. Serious, susah.... aku pun bukan betul sangat bila aku cakap hahahaha~

( komen perenggan akhir adalah ayat2 yang takde kene mengena dengan gambar.... saja nak bagi penuh)

- N.a.k. M.u.l.a. K.a.n. C.a.m.a.n.e. ? -

Assalamualaikum....

The only thing that made me this far (creating my own blog) is after seeing my little sister to have her own blog (gezartia) and put all art things she has into it. 

Basically, I am here to have fun and share my own ideas, designs, architecture, arts, composed songs and anything with myself, and also with the rest / fans if i have later on. hehe.

I am now doing freelancing; 3d designer, building designer and etc .... if anyone interested, please email me at : belladiana4@gmail.com 

hehe; my goal.... get a job, get it done, then to have high satisfaction! yeah! 

InsyaAllah .... Amin....